Permohonan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mendapatkan pasport antarabangsa sementara bagi menunaikan umrah, diluluskan.<br /><br />Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas meneliti permohonan peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan itu selain tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.<br />